Salam Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53!
August 30th, 2010
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Kepada Pembaca Blog Rasmi MPC Sarawak,
Kami Ingin Mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
Yang Ke 53!
Semoga Kemerdekaan Kali Ini Akan Memberi Lebih Makna Kepada Kita Rakyat Malaysia & Terus Berjaya Dan Menjadi Negara Terunggul, Berdaya Saing & Berinovatif!
Malaysia Boleh!
::: 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :::
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

Program Latihan MPC Sarawak (September - Disember 2010)
August 27th, 2010Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia & Salam Ramadan,
Buat semua pembaca blog MPC Sarawak ini.
Sebagai langkah yang baik bagi menambah ilmu untuk memajukan diri serta organisasi ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti, pihak MPC Sarawak telah merencanakan beberapa kursus yang boleh disertai oleh anda. Sila rujuk kepada jadual program yang disertakan dan pilihlah kursus yang anda minati.
Sila klik ikon ini
untuk paparan jadual.
Sila klik ikon ini
untuk mendapatkan borang pendaftaran program.
Sila hantar borang yang telah lengkap diisi kepada kami dengan faks kepada : 082-439969. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami!
Terima kasih!
Ucapan Terima Kasih - Konvensyen ICC Wilayah Sarawak & Sabah 2010
July 15th, 2010Inisiatif kualiti dan produktiviti MPC diteruskan lagi dengan sebuah lagi konvensyen di Kuching, Sarawak. Seperti kebiasaan Konvensyen ICC Wilayah Sarawak & Sabah singgah di Bumi Kenyalang setelah diadakan di Sabah pada tahun yang lalu. Untuk konvensyen kali ini, sebanyak 38 penyertaan kumpulan Kreatif dan Inovatif telah didaftarkan untuk dinilai projek-projek ICC mereka. Konvensyen ini telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching pada 5 - 6 Julai 2010 di mana Majlis Perasmiaan Konvensyen ini telah dilakukan oleh Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan diiringi oleh Y.Bhg. Encik Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.
Kesemua 38 kumpulan-kumpulan IC telah dibahagikan kepada 2 streams untuk dinilai projek mereka. Manakala 2 orang panel penilai telah ditempatkan di setiap stream. Panel penilai yang telah menilai projek mereka adalah,
1. Dr. Mustafa Hashim
2. Puan Nor Aishah Hassan
3. Tuan Haji Omar Othman
4. Tuan Haji Kamarudin Mamat
Untuk Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Konvensyen telah dilakukan oleh Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan diiringi oleh Y.Berusaha Tuan Haji Ab. Rahim Yusoff, Pengarah Kanan, Jabatan Inovasi Perkhidmatan, MPC.
Berikut adalah senarai nama kumpulan, oraganisasi dan anugerah yang telah diterima pada konvensyen kali ini.
| Bil. | Kumpulan IC | Organiasi | Anugerah |
| 1. | Evolution X Treme | Tenaga Nasional Berhad (TNB) | EMAS |
| 2. | Tera Vista | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sarawak | EMAS |
| 3. | Sassoku | Jabatan Tanah & Survei, Sarawak | EMAS |
| 4. | Bayu | Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. | EMAS |
| 5. | Unisifa | Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | PERAK |
| 6. | Sukses | Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) | EMAS |
| 7. | Nilai | Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | PERAK |
| 8. | Revolusi | Pustaka Negeri Sarawak | EMAS |
| 9. | D'Zoomer | Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) | PERAK |
| 10. | Felda Lab | Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. | EMAS |
| 11. | D.A.N.I | Kementerian Alam Sekitar & Kemudahan Awam (KASKA) | EMAS |
| 12. | Belian | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sarawak | EMAS |
| 13. | Volt | Tenaga Nasional Berhad (TNB) | EMAS |
| 14. | SKIP | Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak | EMAS |
| 15. | Lands Tahai Q | Jabatan Tanah & Survei Sarawak | PERAK |
| 16. | Electromech | Petronas Methanol (Labuan) Sdn. Bhd. | EMAS |
| 17. | Karisma | Institusi Penjara Wanita, Sabah | EMAS |
| 18. | Paradigma | W.H. Furniture & Works Sdn. Bhd. | PERAK |
| 19. | X | Hospital Queen Elizabeth, Sabah | PERAK |
| 20. | Spektrum | Universiti Teknologi MARA(UiTM), Sarawak | EMAS |
| 21. | Falcon | Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Bintulu | EMAS |
| 22. | Piperine | Lembaga Lada Malaysia | EMAS |
| 23. | Poowok | Perpustakaan Negeri Sabah | EMAS |
| 24. | C7 | Bintulu Port Sdn. Bhd. | PERAK |
| 25. | RTG5 | Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | EMAS |
| 26. | D' Oasis | Johor Land Berhad | EMAS |
| 27. | Circle Point | Tenaga Nasional Berhad | EMAS |
| 28. | Red Box | Yayasan Sarawak | PERAK |
| 29. | Let's Go | Bintulu Port Sdn. Bhd. | PERAK |
| 30. | One Voice | Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak | EMAS |
| 31. | PECARA | Perpustakaan Negeri Sabah | PERAK |
| 32. | Blue Ocean | Jabatan Penjara Sabah | EMAS |
| 33. | Q7 | Majlis Bandaraya Miri (MBM) | PERAK |
| 34. | Frontier | Bintulu Port Sdn. Bhd. | EMAS |
| 35. | Dot Com | Pustaka Negeri Sarawak | PERAK |
| 36. | i-Solution | Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | EMAS |
| 37. | Kemudi | Felda Palm Industries Sdn. bhd. | EMAS |
| 38. | VCom | Hospital Kudat, Sabah | EMAS |
Tahniah kepada semua dan terima kasih kerana sentiasa menyokong aktiviti kualiti MPC... Berjumpa di konvensyen yang akan datang.
Terima kasih.
Program Sejiwa Senada Bahagian Bintulu
July 2nd, 2010Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!!! Wahai Warga Bintulu, silalah datang ke Program Sejiwa Senada untuk Bahagian Bintulu yang akan diadakan pada 2 - 4 Julai 2010 di Lapangan Terbang Lama Bintulu. Pelbagai aktiviti dan program yang menarik yang disediakan untuk anda. Jangan lupa untuk melawat tapak pameran MPC. Jumpa anda di sana!!!
Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPC Sarawak
June 22nd, 2010Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
1 Julai 2010... Satu tarikh yang dinantikan oleh MPC Sarawak untuk dinilai dan diaudit setiap amalan mahupun sistem 5S yang dilakukan oleh MPC Sarawak. Audit ini akan dijalankan oleh pihak pengauditan ketiga. MPC Wilayah Pantai Timur telah berjaya mendapat persijilan 5S lebih dahulu. Kepada semua Warga MPC Sarawak, ayuh kita jayakan misi ini!


