SENARAI PROGRAM - PROGRAM TERKINI MPC WILAYAH SELATAN BAGI JULAI - DISEMBER 2010

August 25th, 2010

Salam 1 Malaysia...!!!

Untuk maklumat lanjut program - program terkini dari kami, sila klik untuk muat turun dibawah senarai terkini program - program terbaru bermula Julai sehingga Disember 2010...

Program Terkini Julai - Disember 2010..(klik disini)

 Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, pihak MPC Wilayah Selatan mengalu - alukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi pihak kami di talian 07-23774 22..

Jutaan Terima kasih diatas sokongan anda terhadap program kami selama ini!!...

 

PENYAMPAIAN SIJIL AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) KEPADA PERBADANAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM)

August 25th, 2010

Ayer Keroh, MELAKA  2 Ogos 2010 (Isnin)

Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka  kali ini menyaksikan satu majlis penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang disampaikan kepada Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh.

Pada sesi penyampaian sijil tersebut, wakil dari pihak MPC iaitu Dr Rahmat Md Smail, Pengarah MPC Wilayah Selatan telah menyerahkan sijil tersebut kepada Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bagi mewakili YAB Ketua Menteri untuk disampaikan kepada wakil dari PERTAM.

Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) di atas semangat berpasukan yang ditonjolkan sehingga menerima penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan berharap agar usaha ini berterusan bagi menyahut seruan kerajaan Negeri iaitu Melaka Maju 2010!!

Sekian, terima kasih

PROGRAM INNO-RACE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2010

May 25th, 2010

Seiring dengan inovasi yang ditekankan pada masa ini, MPC Wilayah Selatan mengambil langkah inisiatif menganjurkan satu Program Inno-Race Peringkat Wilayah Selatan 2010. Aktiviti Inno Race adalah merupakan satu acara berjalan kaki / berlari sambil menjawab soalan yang berkaitan produktiviti, inovasi dan persekitaran. Pengembaraan dijangka sepanjang 3 - 4 km dan soalan - soalan menarik terdapat disepanjang laluan tersebut. 

Maklumat program :-

Tarikh     :  12 Jun 2010 (Sabtu)
Tempat   :  Plaza Angsana, Bandar Baru UDA, Johor Bahru
Masa       :  7.30 pagi - 1.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila klik brosur dan borang penyertaan disini 

Tiada Yuran Penyertaan!!.... Hadiah - hadiah menarik menanti anda!!...  Jadi jangan tunggu lagi, mari kita sertai beramai - ramai!!!...

KONVENSYEN ICC WILAYAH SELATAN 2010

May 17th, 2010

Konvensyen ICC Wilayah dapat menggalakkan usaha kumpulan ICC bagi meningkatkan produktiviti. Disamping itu, ia dapat mempromosikan amalan ICC untuk dipraktikkan oleh organisasi - organisasi lain.

Konvensyen ini juga dapat meningkatkan taraf sesebuah organisasi apabila sesebuah kumpulan IC itu cemerlang dalam persembahan dan menerima anugerah daripada kecemerlangan tersebut.

Sila klik untuk muat turun :

i) Maklumat Konvensyen ICC Wilayah Selatan 2010

ii) Borang Pendaftaran (Peserta)

iii) Borang Pendaftaran (Pemerhati)

iv) Borang Abstrak

MAKLUMAT KONVENSYEN :

Tarikh : 28 - 29 Jun 2010 (Isnin & Selasa)
Tempat : Hotel Renaissance, Melaka
Tarikh Tutup : 11 Jun 2010 (Bagi Penyertaan Peserta)
                          18 Jun 2010 (Bagi Penyertaan Pemerhati)
Yuran Penyertaan : RM 170.00 seorang / sehari  (Peserta)
                                   RM 190.00 seorang / sehari (Pemerhati)  

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Wilayah Selatan
No. 8, Jalan Padi Mahsuri , Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel:07- 2377422/ 2388464      Fax: 07-2380798
Bebas tol: 1 800 -88 -1140

 PEGAWAI DIHUBUNGI: 

En Zul Ezwan Muhamad zulezwan@mpc.gov.my        En. Mazuan Salih mazuan@mpc.gov.my

Pn Rosnah Abu Nasir rosnah@mpc.gov.my

PENYAMPAIAN SIJIL AMALAN BERKUALITI 5S KEPADA PUSAT ZAKAT MELAKA

April 6th, 2010

MELAKA, 5 April 2010 (Isnin) - TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUSAT ZAKAT MELAKA!!..

Perhimpunan bulanan bagi Kerajaan Negeri Melaka Siri 4/2010 di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh pada kali ini menyaksikan satu majlis penyampaian Sijil Amalan Berkualiti 5S kepada Pusat Zakat Melaka.

Pada sesi penyampaian sijil tersebut, wakil dari pihak MPC iaitu Dr Rahmat Md Smail, Pengarah MPC Wilayah Selatan, telah menyampaikan sijil tersebut kepada YB Datuk Wira Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka untuk disampaikan kepada Tuan Haji Ismail Haji Hasim, Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka.

Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Pusat Zakat Melaka diatas segala usaha dan semangat kerja berpasukan sehingga menerima penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Sekian terima kasih.......