KONVENSYEN ICC WILAYAH UTARA 2010

May 26th, 2010

MPC WIlayah Utara akan menganjurkan Konvesyen ICC Wilayah Utara 2010 pada12 - 13 Julai bertempat di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Konvensyen ini dapat mengalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan ICC bagi meningkatkan produktiviti. Disamping itu, ia dapat mempromosikan amalan ICC untuk dipraktikkan oleh organisasi-organisasi lain. Konvesyen ini juga dapat meningkatkan taraf sesebuah organisasi apabila sesebuah kumpulan ICC itu cemerlang dalam persembahan dan menerima anugerah daripada kecemerlangan tersebut

Untuk muat turun dokumen berkenaan sila klik pautan dibawah

Brosur Konvensyen
Borang Penyertaan Peserta
Borang Penyertaan Pemerhati
Borang Abstrak

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut:

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA

Beg Berkunci 206, Jalan Bertam, 13600 Kepala Batas, Pulau Pinang

Tel: 604-575 4709

Faks: 604-575 4410

 

Pegawai Di hubungi:

Khalidatul Asrin Abdul Aziz

asrin@mpc.gov.my

 

 

PROGRAM INNORACE WILAYAH UTARA 2010 (PENYERTAAN PERCUMA!!)

April 19th, 2010

MPC dengan bangganya akan mengadakan Program Innorace Wilayah Utara 2010. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai kreativiti dan inovasi dan kaitannya dengan kehidupan seharian dan memberi kesedaran mengenai  idea kreativiti dan inovasi di kalangan peserta boleh dihasilkan dengan kerjasama berpasukan.  Informasi program adalah seperti berikut.

Tarikh   : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Bandaran, Ipoh, Perak
Masa      : 7.00 am - 2.00 pm

Sila klik disini untuk muat turun borang penyertaan

Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Pejabat Wilayah Utara
Beg Berkunci 206, Jalan Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
Tel   : 04-5754709
Faks  : 04-5754410

Kem ICC/KIK Ke Arah Peningkatan Daya Saing Organisasi

April 2nd, 2010

MPC Wilayah Utara telah menjalankan program Kem ICC/KIK 2010 yang telah dijadualkan pada 26 – 28 Mac 2010 di Hotel Langkawi Seaview, Kedah Darul Aman. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai sektor seperti Kerajaan, MNC dan Besar. Ia bertujuan mendedahkan kepada para peserta dalam memahami kriteria-kriteria penilaian projek ICC/KIK, menambahbaik projek ICC/KIK yang sedang dan akan dijalankan, meningkatkan kemahiran peserta mengenai pelaksanaan projek ICC/KIK. Seramai 42 orang peserta daripada 11 organisasi berbeza telah menyertai program ini. Berikut adalah senarai organisasi yang telah menyertai Kem ICC/KIK 2010;

  1. TNB Janamanjung Sdn. Bhd.
  2. Johor Specialist Hospital.
  3. Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
  4. Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang.
  5. Kuantan Specialist Hospital Sdn. Bhd.
  6. Jabatan Kerja Raya, Perak.
  7. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
  8. Inokom Corporation Sdn. Bhd.
  9. Kulim Hi-Tech Park
  10. Politeknik Ungku Omar, Ipoh
  11. Institut Kemahiran Mara, Alor Setar

26 Mac 2010

Sesi Pendaftaran dan Pembukaan Program

 

 

Sesi Ice-Breaking

 

 

 27 Mac 2010
Aktiviti di dalam kelas

 

 

 28 Mac 2010
Q-Hunt

 

 

 Terima kasih diucapkan kepada semua organisasi yang terlibat dalam program Kem ICC/KIK 2010 ini. Semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang....... Salam Mesra dari MPC Wilayah Utara.

Hari Produktiviti Dan Inovasi Bersama Industri 2010

March 26th, 2010

Para pembaca blog yang dihormati,

Siri pertama Hari Produktiviti dan Inovasi Bersama Industri 2010 bertajuk "Seminar On Managing Team Dynamics And Building High Performance Teams" telah diadakan pada 23 Mac 2010 bertempat di Dewan Produktiviti, MPC Wilayah Utara Kepala Batas, Pulau Pinang.

MPC Wilayah Utara ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Tn Hj Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah I, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diatas kesudian beliau untuk hadir dalam merasmikan program tersebut serta ucapan beliau pada perasmian majlis itu. Program ini telah dihadiri hampir 210 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi sektor swasta dan kerajaan.

Seramai 3 pembentang kertas seminar ini dijemput khas iaitu pembentang kertas kerja yang pertama Encik Khoo Cheok Sin, Timbalan Presiden ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM), Cawangan Utara dengan kertas beliau bertajuk "Developing Innovation In Teams". Pembentang kertas kerja yang kedua ialah Encik T.J. Yeoh, Staff Engineer, Intel Tecnology (M) Sdn Bhd dengan kertas beliau bertajuk " Managing Teams For Innovation And Success" manakala pembentang kertas kerja terakhir dijemput adalah Dr. Ida Md Yassin, Pengurus, MPC dengan kertas kerja beliau bertajuk "MPC Focus on Transformation, Innovation, Patnership". Terima kasih kepada kesemua pembentang kertas kerja di atas komitmen yang telah diberikan.

MPC Wilayah Utara juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam melancarkan program ini khususnya kepada semua warga kerja MPC Wilayah Utara yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program tersebut.

Nantikan program - program kami yang akan datang dan terima kasih diatas segala sokongan anda semua didalam menyokong program - program MPC.

Selamat Maju Jaya!!!....

PROGRAM JUARA RAKYAT

March 22nd, 2010

Tempat : Dewan Besar, Sungai Dua, Tasek Gelugor
Tarikh : 21 Mac 2010
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Khas, Negeri Pulau Pinang

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai Pameran/Hari Khidmat Pelanggan Sempena Program Juara Rakyat Parlimen Tasek Gelugor pada 21 Mac 2010 di  Dewan Besar, Sungai Dua, Tasek Gelugor yang diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Negeri Pulau Pinang. Program Juara Rakyat  ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Firdaus Bin Harun, Setiausaha Politik, Timbalan Menteri Negeri Sembilan. Tujuan utama program ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan memperkenalkan produk mereka di samping pengenalan kepada agensi-agensi yang memberi bantuan kepada usahawan IKS. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti seminar, pameran, jualan dan sebagainya.