Saat Indah Mencipta Produktiviti
April 27th, 2012

Melangkah ke alam pekerjaan baik sendiri atau sebuah dunia korporat, kita mula menafsir segala maksud terminologi berkaitan produktiviti, kreativiti, inovasi, transformasi bertujuan untuk lebih berdayasaing seterusnya membuat anjakan paradigma ke arah merealisasikan matlamat organisasi. Dengan terma dan konsep pekerja yang produktif, inovatif dan kreatif kita diberi inspirasi yang cukup indah, disogok dengan rungkaian makna yang sungguh menawan pada fantasinya, jika anda produktif anda tentunya cemerlang dan jika organisasi anda produktif, organisasi pasti membawa pulangan (untung) yang berganda. Terma-terma ini mendominasi tempurung minda dan fikiran, kalau mahu menjadi pekerja produktif kita perlu ada itu, ini, sebegini dan sebanyak ini. Sumber-sumber dan input-input perlu canggih dan cukup, perlu terkini dan moden dan pastinya mahal dan ‘meletup’.
Seringkali kita lihat, kalau mahu produktif dalam hidup seseorang individu, seorang pekerja misalnya perlu ada kereta model terkini, mahal dan laju, enjin yang berprestasi tinggi supaya sampai pejabat lebih awal, memulakan hari bekerja lebih cepat dari rakan sekerja lain, perlu ada komputer riba atau tab yang terbaru, ringan dan ada perisian antivirus yang paling ‘power’ – supaya slaid pembentangan lebih kreatif dan memenuhi citarasa ‘boss’. Penafsiran sebegini belum tentu dapat melabel dan mengangkat seseorang pekerja itu produktif. Alangkah indahnya ada kereta canggih, boleh bawa laju-laju dan kalau nasib kurang baik, kena tahan ‘pak polisi’ dan selepas proses saman menyaman, sudah tentu lewat sampai ke pejabat. Seterusnya, mood untuk bekerja terus merudum, produktiviti hari yang indah itu juga pasti layu dan mati.
Dalam hidup seorang surirumah, kebergantungan mungkin kepada mesin pembasuh yang canggih, atau mangkuk Corelle yang bertingkat-tingkat, lima orang pembantu rumah merangkap tukang kebun, tukang cuci, tukang masak, pengasuh anak dan seorang ‘supir’, syaratnya mesti cukup, supaya hidup lebih produktif dan kadar produktiviti diri terus meningkat. Alangkah indahnya ada 5 orang pembantu, rumah akan berada pada tahap kebersihan paling tip-top, menu lauk-pauk juga pelbagai dan meriah, anak-anak terurus rapi dari hujung rambut sampai hujung kaki, akhirnya kita kaku tanpa aktiviti dan sedar tak sedar aktiviti makan dan tidur memberi impak pada fizikal, kadar produktiviti terus menurun kerana fitting baju semua sudah tidak muat.
Pengertian produktiviti sering kita lihat sebagai anda produktif jika anda ada input yang cukup tetapi ianya juga menjangkau kepada keupayaan kita menguruskan input-input yang sedia ada pada tahap paling maksimum serta melibatkan kemahiran mengurus yang cekap, pengurusan masa dan bajet yang berkesan dan kemahiran memanipulasi yang hebat.
Jika dapat dihuraikan pengertian produktiviti adalah kecekapan dalam menghasilkan sesuatu output dengan menggunakan sumber-sumber yang ada pada kos yang paling kompetitif. Penghasilan kerja yang produktif bukan sahaja diukur dari sudut penjimatan kos tetapi juga penghasilan produk atau perkhidmatan yang berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan, menepati masa yang diperlukan, tiada kecacatan dan layanan mesra (after-sales-service) kepada pelanggan. Pekerja yang produktif adalah pekerja yang dapat meningkatkan nilai bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga kualiti.
Untuk meningkatkan produktiviti kita perlu tahu dimana tahap kita. Ukuran produktiviti tertumpu bukan sahaja kepada input semata-mata tetapi bagaimana kita mengatur urus sumber dengan cekap dan berkesan, cekap bermakna sela masa yang lebih pendek, berkesan pula tidak lebih dan tidak kurang dan akhirnya membawa kepada hasil seperti yang diharapkan. Berbalik kepada asas ekonomi di mana empat faktor-faktor pengeluaran utama adalah - tanah,modal, buruh dan usahawan. Empat faktor-faktor ini menjadi dasar yang akan digunakan sebagai input di dalam menjalankan sesebuah perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Sebagai ketua di organisasi atau jabatan, bagaimana kita dapat menjadikan jabatan kita produktif, pekerja kita produktif dan produk dan perkhidmatan kita berkualiti?
Dalam menafsir makna produktiviti bagi seorang ketua, kita tidak boleh lari dari faktor-faktor keupayaan kepimpinan, budaya kerja yang tepat, informasi yang baik, pekerja yang ceria dan sihat, pengurusan masa yang betul, sistem komunikasi yang cekap dan budaya kerja berpasukan menjadi tonggak utama ke arah sebuah organisasi yang produktif dan cemerlang. Kesemua ini jika dapat disempurnakan dan seterusnya di transformasikan pasti menjadikan satu hasil yang produktif.
Input atau sumber-sumber yang banyak, ada yang harus kita “jual” dan ada yang pasti kita “tukar”, kerana setiap kali datang yang baru yang lebih segar dan state-of-the-art, sudah tentu hasrat meronta-ronta untuk memilikinya. Seperti di dalam sesebuah organisasi, pasti ada muka yang lama dan pasti ada pelapis generasi baru dan adunan yang sempurna akan melahirkan organisasi yang produktif dan cemerlang. Prasarana dan kemudahan yang terkini dan paling canggih juga perlu disediakan, persekitaran kerja yang ceria menyumbang kepada pekerja yang ceria yang lebih produktif dan kesudahannya pasti luar biasa.
Produktiviti juga memerlukan fokus yang sama kepada outcome dan proses. Kadangkala produktiviti boleh menggangggu pemilihan keutamaan (priority) dan ini berlaku bila pekerja mula hilang fokus. Pekerja yang produktif perlu diberi ruang untuk membuat keputusan, melibatkan diri di dalam perancangan hala tuju organisasi, menyumbang idea yang kreatif dan inovatif serta seharusnya juga dimotivasikan dengan pengiktirafan dan anugerah
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) - PRODUKTIVITI adalah hubungan antara jumlah output yang dihasilkan dan jumlah input yang digunakan untuk menghasilkan output. Produktiviti yang tinggi bermaksud mencapai lebih banyak output dengan menggunakan sumber input yang sama atau kurang. Peningkatan produktiviti akan membawa manfaat untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi, meningkatkan daya saing dan kualiti hidup yang lebih baik.
Manakala mengukur kecekapan dalam penggunaan modal dan tenaga kerja pula telah memperkenalkan istilah Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP). Ia juga dianggap sebagai ukuran tahap kemajuan teknologi yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Penyumbang-penyumbang utama kepada pertumbuhan TFP termasuk struktur modal, pendidikan dan latihan, intensiti permintaan, penstrukturan ekonomi dan kemajuan teknikal. Kadar TFP yang tinggi bermaksud kecekapan dalam penggunaan dan pengurusan sumber serta bahan dan input yang diperlukan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Pada peringkat sesebuah negara, pertumbuhan TFP menggambarkan sebahagian pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala di peringkat syarikat/organisasi, pertumbuhan TFP merujuk kepada peningkatan kemahiran dan tenaga kerja teknikal, aplikasi teknologi dan penciptaan teknologi baru, penerapan amalan pengurusan terbaik, membudayakan amalan korporat dan beretika.
Di dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi produktiviti, elemen kreativiti dan budaya inovasi wajar diberi penekanan. Pendekatan yang stereotype tidak lagi relevan dan organisasi perlu melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza dan kreatif. Matlamat organisasi perlu diperhalusi dan perubahan yang dirancang harus realistik supaya mampu mewujudkan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan organisasi.
Menjadi produktif tidak hanya mengambil kira sebanyak mana input yang kita ada tetapi bagaimana kita mengatur dan mengurus input itu pada tahap yang paling berkesan. Dan ini hendaklah sentiasa diukur dari segi kualiti proses dan output yang kita hasilkan. Selamat menjalani hari yang produktif untuk semua.
PUBLIC CONSULTATION ON DEALING WITH CONSTRUCTION PERMITS IN KUALA LUMPUR
April 4th, 2012KUALA LUMPUR, 3 April 2012 - YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah menyempurnakan Perasmian "Public Consulatation On Dealing With Construction Permits in Kuala Lumpur" anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, beberapa perbincangan focus group berkenaan dengan pemberian permit pembinaan telah diadakan melibatkan agensi kerajaan dan swasta antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK), Kementerian Tenaga, Teknologi dan Air (Kettha), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada badan-badan profesional dan penggiat industri binaan berdasarkan cadangan yang diusulkan semasa sesi focus group tersebut.Diharapkan hasil dari program ini, beberapa prosedur urusan pemberian permit pembinaan akan dapat dikurangkan dan tempoh masa pemberian permit pembinaan juga dapat dipendekkan.Ini adalah merupakan usaha penambaikan utama dalam mempertingkatkan kecekapan urusan pemberian permit pembinaan di Kuala Lumpur dengan mengambil kira aspek prosedur , masa dan kos.
Untuk melihat gambar -gambar program sila melawat laman facebook https://www.facebook.com/MPCHQ
TRAINING FOR TRAINERS (TOT) ON REGULATORY IMPACT ANALYSIS (RIA)
March 30th, 2012
Training for Trainers (TOT) on Regulatory Impact Analysis (RIA) was held on 19 - 23 March 2012 at Grand Dorsett Subang Jaya. A total of 40 participants attended the training programme.The participants are from INTAN, Department of Standards Malaysia , EPU and MITI.
The main objectives of the programme are;
- To gain in - depth knowledge on RIA Application in assisting government to make their policies more efficient; and
- To study the impact analysis by using the Business Cost Calculator
Regulatory Impacts Analysis (RIA) is a process of systematically identifying and assessing the expected effects of regulatory proposals, using a consistent analytical method, such as cost-benefit analysis.It is a comparative process which is based on determining the underlying regulatory objectives sought and identifying all the policy interventions that are capable of achieving them.These "feasible alternatives" are assessed using the same method to inform decision-makers about the effectiveness and efficiency of diffrent options and enable the most effective and efficient options to be systematically chosen.
Distinguished speaker, Mr.Helmut Kaltenbrunner, Director, SIRA Consulting
Training in session
Group Photo
LAWATAN KERJA QE/5S DARIPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA DAN TNB
March 16th, 2012
Satu lawatan kerja 5S daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Tenaga Nasional Berhad telah diadakan pada 13 Mac 2012 @ Selasa di Blok Inovasi ,Ibu Pejabat MPC.Seramai 40 orang delegasi telah menyertai lawatan ini.
Antara tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan berkongsi amalan-amalan 5S yang diamalkan oleh MPC serta mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai Persijilan dan Sistem Audit Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

Taklimat telah disampaikan oleh En. Abdul Majid Ibrahim, Pegawai Perunding Kanan, Jabatan Kecemerlangan Perniagaan , MPC.

Penyampaian cenderahati kepada Ketua - Ketua Delegasi

Delegasi telah melawat Bahagian Pentadbiran MPC untuk melihat cara pelaksaanan 5S oleh Warga MPC.

Gambar secara berkumpulan sebagai tanda kenangan
INFO SEMASA - QE CONVENTION 2012
March 12th, 2012
CONVENTION 2012
Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE) merupakan salah satu acara tahunan anjuran MPC.Objektif utama konvensyen ini adalah untuk membuka platform dan ruang bagi pengamal-pengamal persekitaran berkualiti mempamerkan pencapaian, pengalaman serta perkongsian idea mereka dalam menyemai budaya kecemerlangan pekerjaan melalui sistem persekitaran berkualiti ini. Acara kemuncak konvensyen merupakan penyampaian Anugerah Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan yang akan diberikan kepada organisasi yang cemerlang daripada pelbagai sektor.
Persidangan ini juga akan menggabungkan 3 acara terbesar MPC iaitu :
International Convention QCC (ICQCC), National ICC Convention (NICC) dan Productivity Conference (PC)








