TIRAI 2012 dengan Pejabat Baru MPC Kelantan
January 27th, 2012TINGKAT 3, WISMA PERKESO, JALAN KOTA DARULNAIM, 15338 KOTA BHARU.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
LAWATAN KETUA PENGARAH MPC KE KELANTAN MENUTUP TIRAI TAHUN 2011
December 28th, 201128 Disember 2011, Kota Bharu
MPC KELANTAN amat bertuah dan rasa bangga dengan kehadiran Ketua Pengarah MPC, Tuan Haji Mohd Razali Hussain yang telah membuat lawatan kerja ke Kota Bharu dan seterusnya membuat kunjungan hormat bertemu dengan YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Dr. Haji Zainuddin Haji Ibrahim hari ini. Pertemuan yang amat bermakna ini telah membuka ruang kepada MPC untuk meneruskan aktiviti membantu Jabatan/Agensi Negeri dan juga pengusaha swasta (pelanggan utama) dalam meningkatkan produktiviti, inovasi dan dayasaing. Tuan KP telah mengucapkan berbanyak terima kasih diatas bantuan dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri dalam merealisasikan aktiviti MPC setelah hampir 4 tahun di sini.
Perbincangan dan Pertemuan dengan YB. Dato'SUK
![]() |
![]() |
Sebelum itu, Tuan KP sempat mengadakan lawatan ke Kilang SMK Electronics Sdn Bhd, Pengkalan Chepa untuk meninjau keperluan MPC dalam memenuhi program pembangunan kapasiti. Kilang Jepun ini baru memulakan operasi di Kelantan sejak 4 bulan yang lepas dengan pelaburan melebihi RM 6 juta.
Syarikat bertaraf EKS juga tidak ketinggalan di lawati oleh beliau. Kilang OmniMal Sdn Bhd adalah sebuah kilang yang memasarkan produk buah kurma. Dengan usaha yang kreatif dan berinovatif, pengusaha ini berjaya 'transformasi' produk kurma ke tahap nilai tambah bermutu tinggi dan esthetikal. Produk lain yang dikeluarkan ialah OmniKeep, penyerap oksigen untuk pengekalan kualiti, warna dan rasa makanan.
Foto lawatan ke Kilang SMK Electronics dan OmniMal Sdn Bhd.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
December 20th, 2011![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Aktiviti CreaNova Famili Di DUN Kuala Balah, Jeli
December 20th, 201117 Disember 2011 - Satu program telah diadakan Sekolah Kebangsaan Kubur Datu, Kuala Balah sempena Aktiviti CreaNova Famili anjuran MPC Kelantan bersama MIDF Wil.Pantai Timur dan MITI Wilayah Kelantan. Dua acara telah dibentuk untuk menerapkan pengetahuan penduduk sekitar tentang kepentingan inovasi dan kreativiti. Tema program ini ialah Famili Kukuh Inovasi Utuh. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan dihadiri 400 orang terdiri dari keluarga, belia dan kanak-kanak. Kehadiran YB Datuk Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah dan YBhg Dato' Nik Zainiah Nik Abd Rahman, Penasihat Ekonomi MITI mewarnai program ni. Acara cabutan bertuah juga diadakan. Foto-foto ditunjukkan sepertimana dibawah. Di harap program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebegini dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara agensi kerajaan dan rakyat tempatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan Panel Ke Homestay Seterpa Sempena ShowCase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011
December 8th, 2011Website : http://homestayseterpa.blogspot.com
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hari Inovasi SUK Negeri Kelantan
December 8th, 2011MPC Kelantan telah diberi penghargaan untuk mengurus dan Urusetia Pameran Inovasi di Majlis itu. Selain dari pembukaan booth MPC Kelantan, 7 Inovasi di pamerkan iaitu E-Tegar (UPEN), E-Naziran (Unit Audit Dalam), E-MyID (ICT), E-MyLog Latihan (PSM), E-Banjir dan E-Projek (PPN) dan E-Aduan (Bhg Korporat). Sambutan kepada Booth MPC menggalakkan dimana acara Kuiz MPC dan Innovation Tree diadakan. Pada majlis itu juga, Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Dan Anugerah Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara disampaikan, disamping ceramah inovasi oleh pensyarah UMK.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jemputan Menghadiri "Roundtable Discussion On - Malaysia's Competitiveness Performance"
November 20th, 2011YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
Adalah dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur akan mengadakan satu Sesi Meja Bulat yang bertajuk "Malaysia's Competitiveness Performance" seperti butiran di bawah :
Tarikh Program
:
8 Disember 2011 (Khamis)
Masa
:
9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat
:
Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang
Bayaran
:
Tiada Bayaran Dikenakan
Tarikh Tutup Penyertaan
:
Sebelum / Pada 1 Disember 2011
Disertakan Surat Jemputan, Aturcara & Borang Pendaftaran untuk tindakan lanjut pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Faridah Taju Rahim di talian 09-5131788/89 atau emel di alamat faridah_tr@mpc.gov.my.
Segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dalam menjayakan program ini, pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Majlis Pelancaran Dan Program Gotong Royong Amalan Persekitaran (5S/QE) Di Pejabat Ahli Parliemn Jeli
November 5th, 2011
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Program Amalan Persekitaran berkualiti QE/5S Pejabat Ahli Parlimen Jeli
October 25th, 2011Program QE telah bermula sejak 2 minggu lepas dan aktiviti kemuncak ialah aktiviti gotong royong selama dua hari berturut-turut pada 21-22 Oktober 2011 (Jumaat dan Sabtu). Aktiviti SISIH / Seiri (bahasa Jepun) ini adalah sebahagian daripada proses Amalan 5S yang sedang dilaksanakan di pejabat Ahli Parlimen Jeli, Bukit Nangka, Jeli.
Majlis gotong royong telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana disertai oleh staff dan pegawai pejabat ahli Parlimen Jeli yang telah dilantik mengganggotai Jawatankuasa Induk Amalan 5S Pejabat Ahli Parlimen Jeli di selaraskan oleh wakil MPC Kelantan, En. Mahadi Bin Hasbullah.
Gotong royong pada kali ini memfokuskan kepada perlaksanaan SISIH di dalam bilik stor. Hasil daripada aktiviti ini, keadaan di dalam bilik stor sudah berubah wajah dan terdapat banyak ruangan kosong yang boleh digunakan untuk menyimpan barang dan peralatan yang sedang digunakan ataupun boleh dijadikan sebagai bilik pejabat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jemputan Ke Kursus-Kursus Umum Akan Datang
October 23rd, 2011Adalah dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Negeri Kelantan akan menganjurkan beberapa kursus di masa akan datang dan butiran adalah seperti berikut :
|
Kursus INTERNAL AUDITOR TRAINING FOR ISO 9001:2008 (29 - 30 November 2011) |
| Brosur dan Borang Pendaftaran |
|
Kursus AMALAN KEBERSIHAN DAN PERKILANGAN YANG BAIK (GMP) (13 - 14 Disember 2011) |
Sehubungan dengan itu, saya menjemput dan mempersilakan pegawai/staff daripada Syarikat/Jabatan/Organisasi YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama menjayakan kursus pada hari tersebut.
Bersama-sama dengan ini disertakan brosur dan borang pendaftaran kursus tersebut untuk tindakan lanjut pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sila kembalikan borang pendaftaran kursus seminggu sebelum kursus bermula. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Mahadi Hasbullah atau Pn. Maswani Ismail di talian 09-7416260/61.
Di atas perhatian dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada kursus ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
























































