Pura Tanjung Sabtu, Satu Nilai Warisan Melayu Terengganu
August 30th, 2010Pura Tanjung Sabtu menawarkan maklumat sejarah yang tiada tolok bandingan kepada generasi muda. Berikut adalah gambar yang sempat diambil sewaktu lawatan.
![]() |
Business Motivational Quotes
August 24th, 2010If you don't drive your business you will be driven out of business - B.C. Forbes
One of the true tests of leadership is the ability to recognise problem before it becomes an emergency - Arnold H. Glasow
High achievement always take place in the framework of high expectatation - Charles Kettering
An advertising agency is 85% confusion and 15% commission - Fred Allen
In the business world everyone is paid in two coins: cash and experience. Take the experience first; then cash will come later - Harold S. Geneen
Profit in business comes from repeat customers, customers that boast about your project or service and that bring friends with them W. Edwards Deming
Kursus Menangani Krisis Perniagaan EKS
August 17th, 2010Satu kursus Menangani Krisis Perniagaan EKS akan dianjurkan oleh MPC Terengganu pada 1-2 September 2010 di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Kursus ini dianjurkan bagi membantu syarikat EKS yang ada tanda-tanda krisis ataupun sebagai langkah persediaan sebelum menghadapi krisis. Bagi agensi pelaksana (sektor awam) digalakkan mengikuti kursus 2 hari sebagai persiapan mereka untuk memberi khidmat nasihat kepada syarikat bimbingan jika mereka yang menghadapi masalah. Kursus selama dua hari ini akan diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa pada kedua-dua hari. Sila rujuk brosur berikut dan yang berminat sila isi borang dan emel/faks ke Pejabat MPC Terengganu dengan segera!!
| Brosur Kursus Menangani Krisis Perniagaan EKS | |
| Borang Daftar Kursus |
Kenapa Kemasukan FDI ke Malaysia menurun pada 2009
August 1st, 2010Seperti yang dilaporkan, jumlah kemasukan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah sebanyak US $ 1.38 billion. Ini adalah disebabkan oleh:
1) Krisis Ekonomi pada 2008 dan berpanjangan ke tahun 2009 telah mengakibatkan penurunan FDI sebanyak 37 % dan kebanyakan pelabur di seluruh dunia berhati-hati dalam membuat keputusan untuk melabur
2) Malaysia dalam proses perubahan dari intensif Modal kepada Industri Berasaskan Pengetahuan (knowledge-based Industry)
3)Persaingan mencari FDI meningkat dari pasaran ekonomi baru serantau
4)Banyak pelaksanaan projek yang telah diluluskan lewat akibat daripada suasana ekonomi yang tidak menentu.
Taklimat Model Baru Ekonomi oleh YB Menteri Miti dan Sesi Soal Jawab dengan Penasihat Ekonomi
August 1st, 2010Pulau Duyong - Pada 29 Julai 2010 bertempat di Ri-Yaz Heritage Kuala Terengganu YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed telah menerima jemputan dari UPEN Terengganu untuk memberi taklimat berkaitan Model Baru Ekonomi bersama jemputan YB. Senator Tan Sri Amirsham A. Aziz Pengerusi NEAC dan Y. bhg. Prof. Dr. Normah Mansur Setiausaha NEAC. Pada majlis ini, tetamu jemputan kehormat ialah YB. Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. Taklimat dan sesi soal jawab ini adalah untuk memberi kefahaman kepada EXCO, Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Dewan-dewan Perniagaan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Sebelum itu, semua wakil agensi MITI di Terengganu iaitu MPC, MIDA, MATRADE, SME Corp. dan SME Bank telah hadir dan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YB Menteri MITI.
![]() |
| YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed sedang memberi taklimat |




