The Five Rules of Anger
September 2nd, 2010Lawatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ke MPCWPT
August 30th, 2010
Lawatan Khidmat Nasihat Kedua Dan Latihan Untuk Warga Kerja Baru, Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE), Syarikat Contoh - Maces Sdn Bhd
August 25th, 2010Lawatan Khidmat Nasihat Kedua bagi Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) di Maces Sdn Bhd telah diadakan pada 24 Ogos 2010 oleh pegawai perunding MPC Wilayah Pantai Timur.
Lawatan kedua ini memberi penekanan terhadap penyusunan semula kawasan kepada zon-zon yang lebih kecil bagi memastikan saiz dan kekuatan kumpulan adalah selaras.
Selain daripada itu, latihan pelaksanaan Amalan QE juga diadakan kepada seramai 10 orang warga kerja baru Maces bertujuan merangsang penglibatan mereka di dalam mengaplikasikan usaha ke arah pelaksanaan Amalan QE di Maces.
Gotong-Royong Kedua (Bahagian Pengeluaran) Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Syarikat Contoh - Global Factor Sdn Bhd
August 25th, 2010Gotong-royong kedua bagi Pelaksanaan Amalan QE di Global Factor Sdn. Bhd. adalah di Bahagian Pengeluaran. Gotong-royong kedua ini diadakan pada 25 Ogos 2010 dengan bantuan khidmat nasihat daripada pegawai perunding MPC Wilayah Pantai Timur.
Program separuh hari yang melibatkan seluruh warga kerja Global Factor Sdn Bhd ini selain daripada membersihkan dan menyusun peralatan kerja, juga memberi penekanan dari aspek keselamatan, mendapatkan ruang kerja yang lebih selesa, dan menguruskan kawasan kerja supaya lebih produktif, di samping memastikan mesin dan alat kelengkapan berada di dalam keadaan bersih, berfungsi, cekap dan tiada masalah.
Program yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini telah diserikan dengan kehadiran Puan Hajjah Nor'Aini Hj. Rusmin, pengarah Global Factor yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyumbang idea dan memberi sokongan kepada aktiviti tersebut.
Gotong-Royong Pertama (Stor) Bagi Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Syarikat Contoh - Global Factor Sdn Bhd
August 25th, 2010Susulan daripada sesi perbincangan yang diadakan pada 9 Ogos 2010, bertempat di Global Factor Sdn. Bhd., pada 17 Ogos 2010, dengan bantuan khidmat nasihat daripada pegawai perunding MPC Wilayah Pantai Timur, Global Factor telah mengorak langkah pertama dengan mengadakan gotong-royong membersih dan mengemas stor.
Seperti biasa menurut prinsip 5S, proses pertama “SISIH’ dilakukan oleh warga kerja yang terdiri daripada 8 orang pekerja. Barang-barang dibuat sisihan mengikut tahap keperluan.
Wah! Rupa-rupanya bukanlah senang hendak memperolehi sijil 5S. Tengok cantik, tersusun dan indah, tetapi kerja dibelakangnya memerlukan ketekunan dan semangat kerjasama warga kerja dalam menghasilkan suasana S yang selanjutnya.
Bermula dengan proses mengangkat dan mengeluarkan peralatan yang tidak digunakan, menyapu dan membersihkan habuk-habuk sehinggalah proses melabel, semuanya dilakukan secara bergotong royong.
Walaupun penat mengeluarkan peralatan yang besar dan berat seterusnya menyapu dan membersihkan habuk-habuk yang terkumpul, dan akhirnya memasukkan dan mengatur semula peralatan dengan kemas, namun semuanya dapat dilakukan hasil semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga kerja.
Tahniah kepada warga kerja Global Factor kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan stor. Diharap selepas ini, semua warga kerja dapat mematuhi peraturan yang telah disediakan dan bekerjasama untuk menjaga kekemasan dan kebersihan stor demi kemudahan dan keselesaan bersama.
Perjuangan seterusnya..…aktiviti gotong-royong kedua (bahagian pengeluaran) yang dijadualkan pada 24 Ogos 2010.




