| « WORLD COMPETITIVENESS YEARBOOK 2010 (WCY) | Workshop on Quality Management Excellence Award » |
Laporan Produktiviti 2009
Laporan Produktiviti 2009 telah berjaya dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 11 Mei 2010 bertempat di Grand Dorsett, Subang Hotel, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Dato' Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Azman Hashim; Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussein.
Dengan langkah kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB), kadar pertumbuhan produktiviti negara pada tahun ini diramalkan berada pada paras 3.5 hingga 4 peratus berbanding dengan penguncupan 1.8 peratus pada tahun lalu.
Turut berlangsung pada majlis tersebut ialah penyampaian Anugerah Produktiviti 2009 bagi mengiktiraf organisasi yang cemerlang dalam pengurusan produktiviti.






