| « Kem ICC/KIK Ke Arah Peningkatan Daya Saing Organisasi | PROGRAM JUARA RAKYAT » |
Hari Produktiviti Dan Inovasi Bersama Industri 2010
Para pembaca blog yang dihormati,
Siri pertama Hari Produktiviti dan Inovasi Bersama Industri 2010 bertajuk "Seminar On Managing Team Dynamics And Building High Performance Teams" telah diadakan pada 23 Mac 2010 bertempat di Dewan Produktiviti, MPC Wilayah Utara Kepala Batas, Pulau Pinang.
MPC Wilayah Utara ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Tn Hj Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah I, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diatas kesudian beliau untuk hadir dalam merasmikan program tersebut serta ucapan beliau pada perasmian majlis itu. Program ini telah dihadiri hampir 210 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi sektor swasta dan kerajaan.
Seramai 3 pembentang kertas seminar ini dijemput khas iaitu pembentang kertas kerja yang pertama Encik Khoo Cheok Sin, Timbalan Presiden ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM), Cawangan Utara dengan kertas beliau bertajuk "Developing Innovation In Teams". Pembentang kertas kerja yang kedua ialah Encik T.J. Yeoh, Staff Engineer, Intel Tecnology (M) Sdn Bhd dengan kertas beliau bertajuk " Managing Teams For Innovation And Success" manakala pembentang kertas kerja terakhir dijemput adalah Dr. Ida Md Yassin, Pengurus, MPC dengan kertas kerja beliau bertajuk "MPC Focus on Transformation, Innovation, Patnership". Terima kasih kepada kesemua pembentang kertas kerja di atas komitmen yang telah diberikan.
MPC Wilayah Utara juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam melancarkan program ini khususnya kepada semua warga kerja MPC Wilayah Utara yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program tersebut.
Nantikan program - program kami yang akan datang dan terima kasih diatas segala sokongan anda semua didalam menyokong program - program MPC.
Selamat Maju Jaya!!!....

