| « Hari Produktiviti Dan Inovasi Bersama Industri 2010 | Program MATRADE Bersama Usahawan Dan Pengekspot 2010 » |
PROGRAM JUARA RAKYAT
Tempat : Dewan Besar, Sungai Dua, Tasek Gelugor
Tarikh : 21 Mac 2010
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Khas, Negeri Pulau Pinang
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai Pameran/Hari Khidmat Pelanggan Sempena Program Juara Rakyat Parlimen Tasek Gelugor pada 21 Mac 2010 di Dewan Besar, Sungai Dua, Tasek Gelugor yang diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Negeri Pulau Pinang. Program Juara Rakyat ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Firdaus Bin Harun, Setiausaha Politik, Timbalan Menteri Negeri Sembilan. Tujuan utama program ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan memperkenalkan produk mereka di samping pengenalan kepada agensi-agensi yang memberi bantuan kepada usahawan IKS. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti seminar, pameran, jualan dan sebagainya.


