| « KURSUS P&I DI LABUAN, LAHAD DATU, SANDAKAN DAN TAWAU | IKM Kota Kinabalu expected to receive 5S certification in June » |
INNO-RACE PERINGKAT WILAYAH SABAH 2010
Aktiviti Inno-Race adalah merupakan acara berjalan kaki/berlari sambil menjawab soalan yang berkaitan produktiviti, dan inovasi dan persekitaran. Penganjuran Inno Race Peringkat Wilayah Sabah 2010 diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 17 April 2010 di mana jarak pengembaraannya adalah lebih kurang 3-4km.
Penyertaan
Penyertaan adalah secara kumpulan dan terbuka kepada:·
- Sektor Industri / EKS
- Sektor Awam
- Pelajar Kolej dan IPT
- Belia dan Beliawanis
- Pendidik
- Pertubuhan Industri & NGO
(***Setiap peserta akan dibekalkan dengan Baju-T, dan Nombor Peserta)
Pendaftaran dan Taklimat berhubung dengan acara akan diadakan pada 16 April 2010 (Jumaat) pada pukul 3.00 petang di Dewan Serbaguna, Kompleks Stadium Likas, Kota Kinabalu. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menghantar SEORANG wakil kumpulan untuk sesi taklimat tersebut.
Penyerahan Borang Penyertaan
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada pihak sekretariat di alamat berikut:
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Sabah
Aras 2, Menara MAA,
No. 6, Lorong Api-Api 1,
88000 Kota Kinabalu
Tel: 088-233245 Faks: 088-242815
Hadiah
Sebanyak 5 hadiah utama dan 3 hadiah khas disediakan untuk pemenang dalam acara ini.

