Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara di Dewan 2020, Kangar Perlis yang diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Karnival ini telah disempurnakan oleh D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis. Tujuan utama karnival ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. Pelbagai aktiviti inovasi telah dijalankan seperti pertandingan inovasi peringkat zon utara, pameran inovasi, bengkel, ceramah dan persembahan kreativiti muzikal.





