| « Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara | RTD:MALAYSIA’ S COMPETETIVENESS PERFORMANCE : ISSUES AND CHALLENGES » |
Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Berkualiti untuk Tenaga Nasional Berhad (Bahagian Penjanaan) Gelugor Pulau Pinang
Georgetown: 23 Februari 2010. Satu Majlis penyampaian sijil persekitaran berkualiti untuk Tenaga Nasional Berhad (Bahagian Penjanaan) Gelugor Pulau Pinang telah diadakan disini bertempat di Hotel Bayview. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah MPC Wilayah Utara Hajah Sarimah Misman. Pada Majlis yang dihadiri seramai 130 orang kakitangan TNB Bahagian Penjanaan stesyen Gelugor ini, satu gimik penyerahan sijil telah diadakan iaitu dengan menggunakan kereta alat kawalan jauh bagi membawa sijil amalan persekitaran terbaik. Gimik ini merupakan simbolik perjalanan dan juga usaha berterusan warga TNB Gelugor dalam mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu stesen Janakuasa yang berjaya mendapat persijilan ini.


Kemuncak Majlis ini adalah penyerahan sijil QE dari Pengarah MPC Wilayah Utara kepada Encik Ir. Leong Yoke Heng Mantan Pengurus Besar stesen Gelugor. Kemudian sebagai simbolik kelestarian program QE ini, Encik Leong telah menyerahkan Sijil QE ini kepada Pengurus Besar Stesyen Gelugor yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Zaini Jaafar, sebagai penerusan pengekalan budaya kualiti yang berterusan. Dimajlis ini juga pengiktirafan diberikan kepada Ahli dan Zon-zon terbaik sebagai mengenang jasa dan mengiktiraf aktiviti QE yang dijalankan.





