| « SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MPC 2010 | Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja » |
Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010
Tarikh : 16 Mac 2010,
Tempat : Grand Dorsett Subang Hotel
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menganjurkan Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010 pada 16 Mac 2010 bertempat di Grand Dorsett Subang Hotel.
Tema seminar ini ialah “Transformasi Perniagaan Melalui E-dagang” yang mana sebanyak empat kertas kerja akan dibentangkan di dalam seminar ini oleh empat orang pembentang yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu:
1. Tuan Haji Ab. Rahim Yusoff (Pengarah Kanan, Jabatan Inovasi Perkhidmatan, MPC);
2. Ir. Aziz Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif Authentic Venture Sdn Bhd);
3. Puan Dayang Lily Maznah Abang Muas (Pengarah Urusan, Ummiku Sayang Sdn Bhd);
4. Encik Jeffri Shahul Hamid (Ketua Pegawai Eksekutif, Teneo Technologies Sdn Bhd); dan
5. Encik Harrace Lau (Ketua Perunding, eOneNet.com, Hong Kong).
Penyertaan dalam seminar adalah terbuka kepada pemilik, pengusaha, dan pengurusan utama perusahaan kecil dan sederhana, pegawai-pegawai pengembangan, dan perunding serta penyelidik berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penyertaan adalah percuma.
Dalam masa yang sama sebanyak 25 tapak pameran disediakan untuk pembekal-pembekal perkhidmatan sistem penyelesaian elektronik untuk pameran dan demonstrasi produk mereka. Pameran ini akan menarik 1,000 orang pengunjung. Organisasi yang mempunyai produk penyelesaian elektronik yang sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana dipelawa menyertai pameran ini di masa hadapan.
Maklumat lanjut, klik sini...


