| « THE APO TRAINING OF TRAINERS IN GREEN PRODUCTIVITY ( 1-26 MAC 2010 ) | Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010 » |
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MPC 2010
Semalam bertempat di Dewan Produktiviti MPC telah diadakan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2010. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah I MPC.
Antara aturcara yang telah dilaksanakan semalam adalah bacaan Al-Quran oleh Qari MPC, Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid MPC dan ceramah yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Safawi yang bertajuk “Rasullulah Uswah Hasanah - Bagaimana Mencontohinya”.
Kepada warga MPC yang telah menghadirkan diri, diucapkan terima kasih dan semoga mendapat manfaat daripada ceramah yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Safawi.




